Tuesday 15 September 2015

Tanggungjawab Individu Terhadap Negara


Tanggungjawab Individu Terhadap Negara...
              
Image result for tugu negara
            



 Rukun negara ialah ideologi kebangsaan Malaysia yang terbentuk pada 31 Ogos
1970 oleh Majlis Gerakan Negara, iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13
Mei 1969 yang menggugat perpaduan dan ketenteraman negara.
 
 Rukun negara adalah ideologi di peringkat nasional, iaitu satu bentuk fahaman
yang boleh memandu seluruh rakyat bagi membentuk satu identiti kebangsaan
melalui perkongsian nilai, norma dan tindakan.

 Objektif Rukun Negara adalah untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di
kalangan seluruh masyarakat, memelihara cara hidup demokratik, mencipta satu
masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama
secara adil dan saksama, membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi
kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak dan membina progresif dengan 
menggunakan sains dan teknologi moden.

 Seterusnya, bagi mencapai objektif di atas, Rukun Negara telah ditetapkan atas
5 prinsip berikut iaitu kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan kepada Raja dan Negara,
keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan kesopanan dan
kesusilaan.

 Tanggungjawab individu dalam Rukun Negara adalah sebagai makhluk Tuhan,
rakyat negara beraja, warganegara demokrasi berperlembagaan, ahli masyarakat
madani dan individu bertanggungjawab.





















No comments:

Post a Comment