Thursday 10 September 2015

Tanggungjawab Individu Terhadap Keluarga




                                     
 B. Tanggungjawab Individu Terhadap Keluarga

 Menurut Kamus Dewan (DBP), keluarga merupakan orang yang mempunyai perhubungan keturunan  antara satu sama lain. Peranan individu terhadap keluarga mempunyai banyak cabang seperti  tanggungjawab terhadap ibu bapa. Seorang anak bertanggungjawab mematuhi, menghormati dan  membantu ibu bapanya. Jika individu berkenaan seorang bapa, adalah menjadi tanggungjawabnya  untuk memberi perlindungan, nafkah. kasih sayang dan didikan kepada anak dan isterinya. Individu berkenaan dalam membentuk ahli keluarganya. 

                                                
         
  Keluarga Bahagia

Bahagia atau derita kehidupan sesebuah keluarga bermula dari rumah. Perkataan                 " BAHAGIA" melambangkan sesuatu yang indah dan menyeronokkan. Kebahagian boleh dihubungjalinkan bukan sahaja dengan tingkat pencapaian kebendaan tetapi lebih menekankan kepada rasa keseimbangan yang mendalam terhasil dari jiwa yang tenang.







                          Sajak Tentang Keluarga

                         Keluarga, 
                         Tidak dapat di beli dengan wang ringgit,
                         Tidak dapat di tukar ganti.


                         Keluarga,

                         Tempat aku menumpang kasih,

                         Tempat aku mencurahkan segala masalah,

                         Keluarga adalah segala-galanya buatku.



                         Keluarga,

                         Engkau sentiasa berada disampingku, 

                         Waktu susah dan senang di lalui bersama, 

                         Engkau yang telah mengajarku erti hidup yang sebenar.


                         Keluarga, 

                        Tanpanya hidupku tidak sempurna,

                        Tanpanya hidupku serba kekosongan,

                        Tanpanya hidupku ini tidak bermakna









                                





Setiap manusia menginginkan sebuah keluarga yang bahagia apabila sudah berkahwin. Keluarga merupakan institusi yang amat penting dalam sesebuah masyarakat.

Walaupun suami atau bapa merupakan ketua kepada sebuah keluarga dan menjadi tanggungjawab mereka untuk melaksanakan tugas memimpin keluarga. Namun anda sebagai isteri atau ibu haruslah sama-sama memainkan peranan dan membantu suami anda memimpin keluarga. Pastinya kehidupan anda akan lebih tenang sekiranya keluarga yang anda bina adalah keluarga yang bahagia.





Ciri ciri Keluarga Bahagia :


  •       Menginap dalam rumah yang selamat dan sempurna.
  •       Mempunyai pendidikan yang mencukupi.  
  •       Mengamalkan cara hidup sihat seperti makan secara sihat, bersenam, tidak merokok       dan tidur yang mencukupi.
  •       Berkomunikasi dan berinteraksi secara positif.
  •       Menunaikan peranan dan  tanggungjawab masing-masing.
  •       Mempunyai sumber pendapatan yang mencukupi.
  •       Mengamalkan nilai agama dan moral.
  •          Mempunyai didikan agama
  •       Pergaulan yang penuh adab sopan / baik
  •       Merahsiakan masalah rumah tangggab
  •       Mendoakan kebaikan dan kebahagian keluarga.
  •          Mengambil berat masalah keluarga.
  •          Bersederhana.
  •          Kemantapan ilmu dan akal.
  •       Keluarga yang berakhlak mulia
  •       Sentiasa bersyukur.
  •       Merasa cukup dengan apa yang dimiliki









 Cara Membina Keluarga Bahagia:



1. Menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak.

 Ibubapa sendri perlu menjadi ‘role-model’ kepada anak-anak kerana mereka               merupakan golongan yang paling kerap berada dengan anak-anak. Tutur kata yang    sopan dan lemah    lembut dengan pasangan dan juga anak-anak perlu diterapkan dalam  diri.

  Elakkan sikap negatif seperti pertengkaran, maki hamun serta penderaan suami terhadap    isteri di depan anak-anak. Apabila anak-anak melihat keharmonian kedua-dua orang tua      mereka, mereka juga akan meneladani sikap baik itu apabila berinteraksi sesama mereka.    Perlakuan anak-anak sememangnya mencerminkan didikan kita sebagai ibu bapa.


2. Mengawasi Aktiviti Anak-Anak

   Anak-anak yang sedang membesar semestinya banyak terpengaruh dengan rakan              sebaya kerana darah muda membuatkan mereka memberontak untuk melakukan perkara    yang baru. Ibu bapa haruslah memastikan anak-anak tidak bergaul dengan rakan sebaya    yang buruk akhlak kerana sebuah keluarga yang bahagia akan sentiasa menjaga maruah    ahli keluarganya.


3. Mencurahkan Kasih Sayang Dan Meluangkan Masa Bersama Anak-Anak.

  Sudah semestinya pada zaman pemodenan ini,tugas ibu bapa mencari rezeki                sememangnya mencabar. Kadangkala tanggungjawab sebagai ibu bapa kepada anak-    anak diabaikan kerana sibuk mencari nafkah bagi meningkatkan taraf hidup masing-    masing.  Hal ini disebabkan kos sara hidup masa kini yang semakin meningkat.

  Anak-anak merupakan golongan yang memerlukan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya daripada ibu bapa mereka. Sudah pasti anak-anak akan gembira sekiranya anda sebagai ibu bapa menunjukkan kasih sayang dan meluangkan masa yang berkualiti bersama anak-anak.

Contohnya anda boleh menemani anak anda melakukan aktiviti yang disukai seperti bermain,berjalan-jalan atau juga membawa mereka bercuti mahupun berkelah. Pastinya tindakan ini akan merapatkan lagi hubungan anda bersama anak-anak. 


4. Memberikan Didikan Agama Dan Moral Yang Mencukupi.

 Pelbagai kes sosial yang berlaku pada remaja zaman sekarang pastinya merisaukan anda  sebagai ibu bapa apatah lagi jika anak anda sedang meningkat dewasa. Oleh itu,berikan  didikan agama dan moral yang mencukupi kerana ia dapat membentuk nilai sahsiah yang  tinggi di kalangan anak-anak sekaligus menyumbang ke arah pembentukan sebuah  keluarga bahagia. Bagi ibu bapa pula,kesabaran yang tinggi diperlukan untuk mengelakkan  keluarga daripada bercerai-berai.


5. Saling Menghormati Antara Satu Sama Lain.

 Wujudkan suasana dan sikap saling menghormati antara satu sama lain di kalangan anak-  anak dan ahli keluarga anda. Jangan biarkan mereka meninggikan suara dan juga  memanggil antara satu sama lain dengan panggilan untuk kawan. Selain itu,sikap saling  membantu juga perlu diterapkan. Contohnya jika anak sulung anda pandai dalam subjek  Matematik,dia haruslah membantu adik-adiknya yang lemah dalam pelajaran tersebut.


6. Kerapkan Berkomunikasi Antara Satu Sama Lain.

 Komunikasi merupakan salah satu cara membentuk keluarga bahagia. Ini adalah kerana    komunikasi yang salah akan menimbulkan pelbagai impak yang tidak baik kepada keluarga  seperti bergaduh dan bercerai.

 Sekiranya anda dan pasangan menghadapi konflik,luahkan segala masalah yang dihadapi  dan berbincang secara terbuka agar konflik dapat ditangani dengan cara yang paling baik.  Berikan ruang kepada pasangan untuk meluahkan pandangan dan jadilah pendengar yang  baik kepada pasangan anda.














1)  Tidak bersedia berhadapan dengan
     masalah
 
      > Tidak kira sama ada masalah tersebut kecil atau besar,
         ia perlu diatasi berlandaskan pemikiran yang bijak. Jika
         seseorang itu tidak bersedia berhadapan dengan 
         masalah maka sukar baginya untuk membentuk sebuah
         keluarga yang harmoni. 

2)  Tiada ilmu yang cukup dalam mengurus
     rumah tangga

      > Kebanyakan kes keruntuhan rumah tangga yang  
         berlaku berpunca daripada ketiadaan ilmu yang cukup  
         dalam mengendalikan sebuah keluarga. Bertambah 
         malang apabila ada antara pasangan suami isteri yang 
         enggan merujuk kepada orang yang berpengalaman. 

3)  Mengabaikan perintah agama
      > Menganggap agama tidak perlu dalam urusan harian
         adalah kesilapan paling besar dan merugikan.Ini kerana
         agama adalah asas kepada kehidupan seorang 
         manusia.Jika tidak melaksanakannya dengan sempurna 
         maka kehidupan harmoni tidak dapat dikecapi. 

4)  Tidak berfikiran jauh
 
     > Hanya memenuhi keperluan perancangan jangka
         pendek sahaja dan mengabaikan keperluan 
         perancangan jangka panjang. 


5)  Berpuas hati dengan apa yang dimiliki
 
     Pemikiran seperti ini kurang memberi kebaikan kepada
          perjalanan keluarga di masa hadapan.













Tanggungjawab Individu Dalam Keluarga

Antara peranan individu dalam keluarga ialah :-

a. Membentuk Keluarga Bahagia

        i.            Memberi kasih sayang
Kasih sayang memberi pengaruh besar dalam kehidupan seseorang. Kasih sayang merupakan satu cetusan emosinterhadap sesuatu atau seseorang. Ia melibatkan suasana, sik   ap dan harapan seseorang atau sesuatu yang lain. Jangan menyembunyikan perasaan cinta dan kasih sayang dan perasaan itu perlulah disokong melalui sentuhan, belaian dan pemahaman yang ikhlas.

       ii.            Mengingati tarikh-tarikh penting dalam keluarga
Berusaha mengingati tarikh-tarikh istimewa setiap ahli keluarga seperti ulang tahun perkahwinan, hari lahir dan sebagainya.


 b. Menyediakan Makanan, Tempat Tinggal Dan Pakaian

         i.            Membeli keperluan bersama-sama
Adakalanya ahli keluarga boleh membeli barang keperluan bersama-sama supaya dapat membahagikan kerja. Ini juga tidak akan menyusahkan seseorang individu sahaja.

       ii.            Saling membantu
Ahli keluarga perlu saling membantu dalam berbagai perkara seperti penyediaan makanan, mencuci pinggan mangkuk dan lain-lain. Dalam hubungan ini akan menimbulkan kemesraan dalam keluarga.

      iii.            Menyediakan tempat tinggal dan pakaian
Semasa perayaan seseorang individu boleh menyediakan pakaian ahli keluarga dan juga menyediakan tempat tinggal yang selesa untuk keluarga membentuk suasana yang ceria.




c. Pendidikan Anak-Anak

         i.            Sentiasa membimbing anak-anak
Sentiasa membantu anak-anak menyiapkan kerja sekolah, berbincang tentang pelajaran anak-anak dan menyemak buku latihan pelajaran anak-anak.

       ii.            Memberi motivasi kepada anak-anak
Menunjukkan rasa kagum dan bangga jika anak-anak mendapat markah yang tinggi atau kepujian dalam ujian atau peperiksaan di sekolah, ini akan menambahkan lagi keyakinan anak-anak. Berikan pujian untuk menguatkan lagi semangatnya untuk belajar dan mencapai kejayaan.

      iii.            Memberi contoh teladan yang baik
Perlu ada modal yang boleh dijadikan contoh untuk diteladani oleh anak-anak dan modal yang terbaik ialah ibu bapa itu sendiri.




 










































No comments:

Post a Comment