B. Tanggungjawab Individu Terhadap Keluarga
Menurut Kamus Dewan (DBP), keluarga merupakan orang yang mempunyai perhubungan keturunan antara satu sama lain. Peranan individu terhadap keluarga mempunyai banyak cabang seperti tanggungjawab terhadap ibu bapa. Seorang anak bertanggungjawab mematuhi, menghormati dan membantu ibu bapanya. Jika individu berkenaan seorang bapa, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk memberi perlindungan, nafkah. kasih sayang dan didikan kepada anak dan isterinya. Individu berkenaan dalam membentuk ahli keluarganya.
Keluarga Bahagia
Bahagia atau derita kehidupan sesebuah keluarga bermula dari rumah. Perkataan " BAHAGIA" melambangkan sesuatu yang indah dan menyeronokkan. Kebahagian boleh dihubungjalinkan bukan sahaja dengan tingkat pencapaian kebendaan tetapi lebih menekankan kepada rasa keseimbangan yang mendalam terhasil dari jiwa yang tenang.
Sajak
Tentang Keluarga
Keluarga,
Tidak dapat di beli dengan wang ringgit,
Tidak dapat di tukar ganti.
Keluarga,
Tempat aku menumpang kasih,
Tempat aku mencurahkan segala masalah,
Keluarga adalah segala-galanya buatku.
Keluarga,
Engkau sentiasa berada disampingku,
Waktu susah dan senang di lalui bersama,
Engkau yang telah mengajarku erti hidup yang sebenar.
Keluarga,
Tanpanya hidupku tidak sempurna,
Tanpanya hidupku serba kekosongan,
Tanpanya hidupku ini tidak bermakna
Setiap manusia menginginkan sebuah keluarga yang
bahagia apabila sudah berkahwin. Keluarga merupakan institusi yang amat penting
dalam sesebuah masyarakat.
Walaupun suami atau bapa merupakan ketua kepada
sebuah keluarga dan menjadi tanggungjawab mereka untuk melaksanakan tugas
memimpin keluarga. Namun anda sebagai isteri atau ibu haruslah sama-sama
memainkan peranan dan membantu suami anda memimpin keluarga. Pastinya kehidupan
anda akan lebih tenang sekiranya keluarga yang anda bina adalah keluarga yang
bahagia.
Ciri ciri Keluarga Bahagia :
- Menginap dalam rumah yang selamat dan sempurna.
- Mempunyai pendidikan yang mencukupi.
- Mengamalkan cara hidup sihat seperti makan secara sihat, bersenam, tidak merokok dan tidur yang mencukupi.
- Berkomunikasi dan berinteraksi secara positif.
- Menunaikan peranan dan tanggungjawab masing-masing.
- Mempunyai sumber pendapatan yang mencukupi.
- Mengamalkan nilai agama dan moral.
- Mempunyai didikan agama
- Pergaulan yang penuh adab sopan / baik
- Merahsiakan masalah rumah tangggab
- Mendoakan kebaikan dan kebahagian keluarga.
- Mengambil berat masalah keluarga.
- Bersederhana.
- Kemantapan ilmu dan akal.
- Keluarga yang berakhlak mulia
- Sentiasa bersyukur.
- Merasa cukup dengan apa yang dimiliki
Cara Membina Keluarga Bahagia:
1. Menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak.
Ibubapa sendri perlu menjadi ‘role-model’ kepada anak-anak kerana mereka merupakan golongan yang paling kerap berada dengan anak-anak. Tutur kata yang sopan dan lemah lembut dengan pasangan dan juga anak-anak perlu diterapkan dalam diri.
Elakkan sikap negatif seperti pertengkaran, maki hamun serta penderaan suami terhadap isteri di depan anak-anak. Apabila anak-anak melihat keharmonian kedua-dua orang tua mereka, mereka juga akan meneladani sikap baik itu apabila berinteraksi sesama mereka. Perlakuan anak-anak sememangnya mencerminkan didikan kita sebagai ibu bapa.
2. Mengawasi Aktiviti Anak-Anak
Anak-anak yang sedang membesar semestinya banyak terpengaruh dengan rakan sebaya kerana darah muda membuatkan mereka memberontak untuk melakukan perkara yang baru. Ibu bapa haruslah memastikan anak-anak tidak bergaul dengan rakan sebaya yang buruk akhlak kerana sebuah keluarga yang bahagia akan sentiasa menjaga maruah ahli keluarganya.
3. Mencurahkan Kasih Sayang Dan Meluangkan Masa Bersama Anak-Anak.
Sudah semestinya pada zaman pemodenan ini,tugas ibu bapa mencari rezeki sememangnya mencabar. Kadangkala tanggungjawab sebagai ibu bapa kepada anak- anak diabaikan kerana sibuk mencari nafkah bagi meningkatkan taraf hidup masing- masing. Hal ini disebabkan kos sara hidup masa kini yang semakin meningkat.
Anak-anak merupakan golongan yang memerlukan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya daripada ibu bapa mereka. Sudah pasti anak-anak akan gembira sekiranya anda sebagai ibu bapa menunjukkan kasih sayang dan meluangkan masa yang berkualiti bersama anak-anak.
Contohnya anda boleh menemani anak anda melakukan aktiviti yang disukai seperti bermain,berjalan-jalan atau juga membawa mereka bercuti mahupun berkelah. Pastinya tindakan ini akan merapatkan lagi hubungan anda bersama anak-anak.
4. Memberikan Didikan Agama Dan Moral Yang Mencukupi.
Pelbagai kes sosial yang berlaku pada remaja zaman sekarang pastinya merisaukan anda sebagai ibu bapa apatah lagi jika anak anda sedang meningkat dewasa. Oleh itu,berikan didikan agama dan moral yang mencukupi kerana ia dapat membentuk nilai sahsiah yang tinggi di kalangan anak-anak sekaligus menyumbang ke arah pembentukan sebuah keluarga bahagia. Bagi ibu bapa pula,kesabaran yang tinggi diperlukan untuk mengelakkan keluarga daripada bercerai-berai.
5. Saling Menghormati Antara Satu Sama Lain.
Wujudkan suasana dan sikap saling menghormati antara satu sama lain di kalangan anak- anak dan ahli keluarga anda. Jangan biarkan mereka meninggikan suara dan juga memanggil antara satu sama lain dengan panggilan untuk kawan. Selain itu,sikap saling membantu juga perlu diterapkan. Contohnya jika anak sulung anda pandai dalam subjek Matematik,dia haruslah membantu adik-adiknya yang lemah dalam pelajaran tersebut.
6. Kerapkan Berkomunikasi Antara Satu Sama Lain.
Komunikasi merupakan salah satu cara membentuk keluarga bahagia. Ini adalah kerana komunikasi yang salah akan menimbulkan pelbagai impak yang tidak baik kepada keluarga seperti bergaduh dan bercerai.
Sekiranya anda dan pasangan menghadapi konflik,luahkan segala masalah yang dihadapi dan berbincang secara terbuka agar konflik dapat ditangani dengan cara yang paling baik. Berikan ruang kepada pasangan untuk meluahkan pandangan dan jadilah pendengar yang baik kepada pasangan anda.
1) Tidak bersedia berhadapan dengan
masalah
> Tidak kira sama ada masalah tersebut kecil atau besar,
masalah
> Tidak kira sama ada masalah tersebut kecil atau besar,
ia perlu diatasi berlandaskan pemikiran yang bijak. Jika
seseorang itu tidak bersedia berhadapan dengan
masalah maka sukar baginya untuk membentuk sebuah
keluarga yang harmoni.
2) Tiada ilmu yang cukup dalam mengurus
rumah tangga
> Kebanyakan kes keruntuhan rumah tangga yang
berlaku berpunca daripada ketiadaan ilmu yang cukup
dalam mengendalikan sebuah keluarga. Bertambah
malang apabila ada antara pasangan suami isteri yang
enggan merujuk kepada orang yang berpengalaman.
3) Mengabaikan perintah agama
> Menganggap agama tidak perlu dalam urusan harian
adalah kesilapan paling besar dan merugikan.Ini kerana
agama adalah asas kepada kehidupan seorang
manusia.Jika tidak melaksanakannya dengan sempurna
maka kehidupan harmoni tidak dapat dikecapi.
4) Tidak berfikiran jauh
> Hanya memenuhi keperluan perancangan jangka
pendek sahaja dan mengabaikan keperluan
perancangan jangka panjang.
5) Berpuas hati dengan apa yang dimiliki
> Pemikiran seperti ini kurang memberi kebaikan kepada
perjalanan keluarga di masa hadapan.
> Pemikiran seperti ini kurang memberi kebaikan kepada
perjalanan keluarga di masa hadapan.
Tanggungjawab Individu Dalam Keluarga
Antara peranan individu dalam keluarga ialah
:-
a. Membentuk Keluarga Bahagia
Kasih sayang memberi pengaruh besar dalam kehidupan seseorang. Kasih
sayang merupakan satu cetusan
emosinterhadap sesuatu atau seseorang. Ia melibatkan suasana, sik ap dan harapan seseorang atau sesuatu yang
lain. Jangan menyembunyikan perasaan cinta dan kasih sayang dan perasaan itu
perlulah disokong melalui sentuhan, belaian dan pemahaman yang ikhlas.
ii.
Mengingati
tarikh-tarikh penting dalam keluarga
Berusaha mengingati tarikh-tarikh istimewa setiap ahli keluarga seperti
ulang tahun perkahwinan, hari lahir dan sebagainya.
b. Menyediakan Makanan, Tempat Tinggal Dan
Pakaian
i.
Membeli
keperluan bersama-sama
Adakalanya ahli keluarga boleh membeli barang keperluan bersama-sama
supaya dapat membahagikan kerja. Ini juga tidak akan menyusahkan seseorang
individu sahaja.
ii.
Saling
membantu
Ahli keluarga perlu saling membantu dalam berbagai perkara seperti
penyediaan makanan, mencuci pinggan mangkuk dan lain-lain. Dalam hubungan ini
akan menimbulkan kemesraan dalam keluarga.
iii.
Menyediakan
tempat tinggal dan pakaian
Semasa perayaan seseorang individu boleh menyediakan pakaian ahli
keluarga dan juga menyediakan tempat tinggal yang selesa untuk keluarga
membentuk suasana yang ceria.
c.
Pendidikan Anak-Anak
i.
Sentiasa membimbing anak-anak
Sentiasa membantu anak-anak
menyiapkan kerja sekolah, berbincang tentang pelajaran anak-anak dan menyemak
buku latihan pelajaran anak-anak.
ii.
Memberi motivasi kepada anak-anak
Menunjukkan rasa kagum dan
bangga jika anak-anak mendapat markah yang tinggi atau kepujian dalam ujian
atau peperiksaan di sekolah, ini akan menambahkan lagi keyakinan anak-anak.
Berikan pujian untuk menguatkan lagi semangatnya untuk belajar dan mencapai
kejayaan.
iii.
Memberi contoh teladan yang baik
Perlu ada modal yang boleh
dijadikan contoh untuk diteladani oleh anak-anak dan modal yang terbaik ialah
ibu bapa itu sendiri.
No comments:
Post a Comment